CHETAK 17

Chetak 12 presents the third annual exhibition entitled 3rd Edition: Love Song, featuring a collaboration by Malaysian and Indonesian print collectives: Chetak 12 and Studio Grafis Minggiran. The exhibition showcases the 3rd edition of each series prints reproduced.
The theme Love Song reflects a quest to discover and explore different perceptions within a form of art close to our hearts: songs.
​
Music and lyrics in a song have been in our lives for as long as we remember; for some of us, the lullabies of our childhood still linger in our distant memories. Looking beyond the surface, love can pose a diverse range of meaning; it is rich with questions, debates, and expressions of life. Thus, from lyrics of hopes, dreams, and ambitions, to the underlying social and political questions woven into strings of poetic words, love songs have the power to awaken passion among us. With the abundance of serenades and ballads which have graced our world today, love songs are indeed timeless and rich.
ANTARA AMPANG DAN JOGJAKARTA . . . MENCETAK BERSAMADALAM 3RD EDITION: LOVE SONG
Mohd Jamil Mat Isa, Ph.D
Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, Universiti Teknologi MARA Shah Alam
Mengimbau
Suatu ketika dahulu semasa bergelar mahasiswa di sebuah institusi seni lukis di kota metropolitan Birmingham, England, majalah Printmaking Today merupakan antara rujukan penting. Malah sebelum kesana penulis juga sudah melanggannya terus dari London. Antara yang menarik perhatian penulis ialah iklan-iklan oleh pelbagai studio atau bengkel seni cetak di sekitar United Kingdom. Menawarkan ruang atau fasiliti yang lengkap untuk menghasilkan karya-karya seni cetak dalam pelbagai teknik dan proses dengan bayaran yang berpatutan. Maka berkatalah sendirian.... “alangkah bagusnya jika ada perkhidmatan sedemikian di sini”.
Titik permulaan perkembangan seni cetak di Malaysia bermula sebagai bahan promosi dan ilustrasi dalam majalah sekolah. Ini merujuk kepada hasil karya Dato’ Abdullah Arif (1904-1962) seperti Penang Glorious Holidays Abroad (1935) poster cetakan serigrafi yang telah ditempah khas oleh pihak Malayan Railway sebagai bahan kempen melawat Pulau Pinang pada ketika itu. Beliau juga turut menghasilkan cetakan lino untuk dimuatkan didalam majalah sekolah Anglo- Chinese School di Pulau Pinang sebagai ilustrasi dan hiasan kulit hadapan, dimana beliau bertugas sebagai guru seni lukis pada ketika itu. Dato’ Chuah Thean Teng (1912-2008) juga turut menghasilkan karya-karya cetakan cungkilan kayu bersaiz kecil pada peringkat awalnya seperti Break Time (1936), Go to Market (1938) dan Working (1938). Beliau menggunakan potongan-potongan pokok jambu batu sebagai blok, jika diteliti kebanyakan cetakannya berfomatkan rupa (shape) yang organik. Setinggi penghargaan untuk mereka berdua atas apa yang telah mereka usahakan dahulu. Ianya menjadi pencetus kepada proses seterusnya dalam konteks sejarah seni lukis moden Malaysia amnya dan seni cetak khususnya.​ Memetik penulisan Aminudin TH Serigar (2009) seni cetak di Indonesia bermula sebagai bahan propaganda gerakan politik dalam usaha memerdekakan Indonesia sekitar 1940an hingga 1950an. Karya seni cetak cungkilan kayu oleh Affandi, Abdul Salam, Mochtar Apin antara yang memperjuangkannya.
Kisah Studio Cetak 12
Kemunculan Studio Cetak 12 adalah sesuatu yang amat menggembira dan membanggakan. Ruang atas salah sebuah deretan lot kedai berhampiran dengan HOM Art Gallery dan bersebelahan dengan Malaysian Art Archieve & Research Support (MAARS), 12A, Jalan Cempaka 16, Taman Cempaka, Ampang. Studio Chetak 12 ditubuhkan oleh Bayu Utomo Radjikin bersama dua orang pelukis cetak muda yang bergiat aktif dalam seni cetak iaitu Samsudin Wahab dan Faizal Suhif. Studio Cetak 12 muncul hasil gagasan pemikiran, perancangan dan perlaksanaan beberapa individu yang melihat akan keperluan dan potensi yang mampu ditawarkan nanti. Sejak kemunculannya, Studio Cetak 12 tanpa henti menganjurkan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan seni cetak.
Studio Grafis Minggiran, Premis Cetakan Pelukis Muda
Studio Grafis Minggiran pula muncul hasil kesepakatan para graduan seni cetak Institut Seni Indonesia (ISI) mulai 2001. Alfin Agnuba, Arga Aditya, Deni Rahman , Lulus Boli, Ledyana Nanda Febriazoni S.Sn, Theresia Agustina Sitompol dan Wibi Priyanto, bersatu hati dalam usaha meraikan bidang seni cetak di Yogyakarta. Premis mereka di lokasi No.141a, Jomegatan, Ngestiharjo, Kec. Kasihan, Bantul, Daerah Istimewa Yogyakarta. Pelbagai aktiviti seni cetak telah mereka laksanakan.
Senada Dalam Kepelbagaian Rentak
Kalendar 2021 seni cetak tempatan dibuka dengan penganjuran 3rd Edition: Love Song kolaborasi ketiga antara Studio Cetak 12 dengan Studio Grafis Minggiran. Ianya juga menambahkan lagi jumlah aktiviti seni cetak dalam proses perkembangan seni cetak kontemporari Malaysia dan juga negara jiran kita, Indonesia. 3rd Edition: Love Song mempamerkan hasil karya cetakan terbaik oleh 11 pelukis cetak berbakat besar yang memberi penumpuan kepada teknik intaglio yang merangkumi proses etching, drypoint dan mezzotint. Namun mereka punyai gaya tersendiri dalam proses kreatif untuk menghasilkan cetakan yang terbaik. Apatah lagi dalam situasi dimana kerinduan untuk menghayati dan menikmati karya– karya cetakan intaqlio amatlah terhad disini.
​
Meninjau hasil cetakan oleh pelukis cetak Studio Cetak 12 dan Studio Grafis Minggiran dapat dikesan kekuatan masing- masing pada bentuk dan maknanya. Keberanian meneroka buka sekadar pada teknik dan proses malah membicara dan membahaskan persoalan juga jelas dilihat pada karya- karya mereka. Atas kesepakatan, tema Love Song menjadi pilihan untuk pameran tahun ini. Mereka meraikannya dengan kepelbagaian irama dan melodi namun mesejnya tetap senada dalam senikata yang puitis.
​
Bayu Utomo Radjikin sememangnya dikenali dengan karya- karya figuratifnya semenjak bergelar mahasiswa Fakulti Seni Lukis & Seni Reka UiTM lagi. Luas perjalanan seninya, pelbagai anugerah sepanjang penglibatannya dalam pelbagai aktiviti seni lukis dalam dan luar negara. Namun Bayu sejak beberapa tahun ini dilihat gemar pada alam semulajadi khususnya flora.
​
Subjek pilihannya mungkin begitu biasa pada sesetengah individu, namun sebagai seorang seniman Bayu mampu mengangkat subjek tersebut menjadi metaphora dalam cetakannya kali ini. Cetakan hitam putih dengan proses aquatint dan etching ini memperlihatkan subjek diletakkan betul–betul ditengah format karya. Bayu membuat penegasan agar penghayat memberi penumpuan terhadap mesej yang ingin dikongsikan. Subjek utama (buah pine) dibina melalui proses aquatint dan daun-daun halus (pine needles) memadai dengan hanya menggores (etching) garisan-garisan. Latar digelapkan untuk menimbulkan subjek. Pengalaman visual penghayat mampu menterjemah dan merasai akan karektor sebenar subjek-subjek tersebut.
​
Pucuk-Pucuk Pinus (2021) diangkat dari dendangan lagu seniman Ebiet G Ade. Alam semulajadi sentiasa menjadi pencetus atau inspirasi kepada golongan seniman dalam proses kreatif mereka. Bayu terpaut akan kekuatan mesej yang terkandung didalam lagu tersebut disampaikan secara puitis. Beliau juga kagum akan sensitiviti dan kepekaan generasi terdahulu dalam menyusun kata untuk menyampaikan sesuatu maksud.
​
Samsudin Wahab atau lebih mesra disapa sebagai Budin, pelukis cetak muda yang berpesonaliti tersendiri. Ianya begitu berlawanan dengan setiap karya yang dihasilkannya. Karya- karyanya sentiasa berbaur surreal. Berbakat besar dan punya ruang untuk terus cemerlang berdasarkan semua pencapaian dan penglibatannya dalam aktiviti-aktiviti seni lukis di dalam dan juga diluar negara. Pelbagai anugerah telah diraihkannya selama ini. Graduan Seni Halus dari Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM ini dilihat begitu konsistan dalam perjalanan seninya bermula dengan penubuhan kumpulan Sebiji Padi yang diujudkan pada 2007.
​
Bulan Dipagar Bintang (2021) dihasilkan dalam bentuk cetakan hitam putih dengan kombinasi proses aquatint dan etching oleh pelukis cetak muda yang berpotensi ini. Potret sepasang figura dalam gaya karikatur dari pandangan sisi berlatarkan gelap jelas kelihatan memungkinkan ianya sepasang kekasih. Potret yang diringkaskan di kiri format pastinya si jejaka, memandang tepat akan pasangannya. Sigadis diterjemahkan dengan penambahan perincian tertentu pada wajahnya. Budin menggores platnya untuk menimbulkan kesan jalinan yang menterjemahkan kesan cahaya pada wajah sigadis. Garisan berperanan besar dalam cetakan ini. Budin tidak memberi penumpuan pada subjek sokongan iaitu bulan, hanya diperlambangkan dengan garisan halus yang membentuk satu bulatan pada bahagian atas format. Ianya dilihat sudah memadai. Kontras hitam dan putih menguatkan lagi naratif cetakan ini.
​
Bulan Dipagar Bintang (2021), diangkat dari sebuah lagu yang disampaikan secara duet oleh pasangan Tan Sri P. Ramlee (1929-1973) dan Puan Sri Saloma (1935-1983) dalam filem Pendekar Bujang Lapok pada tahun 1959. Kehebatan karya- karya Tan Sri P Ramlee tidak dapat dinafikan.
​
Meneroka dan mengeksploitasi kelebihan dan kekuatan yang terdapat pada alam semulajadi merupakan satu tindakan yang bijak oleh seorang seniman cetak. Itulah Faizal Suhif atau lebih dikenali sebagai Boy yang sentiasa peramah dan merendahkan diri meskipun berbakat besar. Mengenalinya semenjak beliau bergelar mahasiswa Sarjana Seni Halus & Teknologi di Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM beberapa tahun yang lalu.
​
​Sepertimana Bayu dan Budin, Boy juga dilihat senang berkarya dengan mengaplikasikan proses aquatint dan etching. Format cetakan ini berlainan dari kebiasaanya, dan Boy seringkali menghasilkan karya dalam pelbagai bentuk format yang bersifat organik. Gubahan cetakan ini boleh dibahagikan kepada dua segmen, rupa bujur telur dibahagian atas format merupakan fokus utama. Sarat dengan kesan-kesan tanda yang membina dan membentuk imej-imej penghuni belantara. Pada segmen bawah format juga sarat dengan imej bagaikan akar-akar tunjang yang terbongkah dari bumi yang dipaksa secara rakus.
​
Earth Song.. (2020), tajuk yang sama juga digunakan oleh Micheal Jackson pada 1995 untuk lagunya dalam album HIStory. Kini ianya diangkat oleh Boy yang pada ketika itu berusia 11 tahun semasa lagu tersebut dikeluarkan. Sepertimana lirik lagu tersebut yang melontarkan pelbagai persoalan “What About...?”, Boy juga dilihat melakukan hal yang sedemikian dalam cetakannya itu. Persoalan persolan oleh Boy kepada penghayat di kemukakan secara visual. Menyintai alam semulajadi merupakan suatu “amanah dariNya”. Apakah selama in ianya dilaksanakan?
Alfin Agnuba graduan Seni Halus dari Institut Seni Indonesia (ISI) bergiat aktif dalam aktiviti berpameran di dalam dan juga luar negara, selain itu beliau juga telah menamatkan dua program residensi seni. Alfin tertarik terhadap keistimewaan antara cetakan konvensional dan juga sebaliknya.
​
Pulau Biru (2020) dihasilkan melalui proses etching dan aquatint dan dicetak dengan dakwat kehijauan dalam format potret. Meneliti cetakan ini, penghayat disajikan dengan dua situasi yang berbeza suasananya. Alfin menyusun atur empat plat berbeza saiz didalam komposisinya. Pada segmen atas terdapat tiga plat kecil yang berbeza saiz. Plat kiri dalam rupa empat segi sama dan dua lagi empat segi tepat. Imej landskap memenuhi plat kiri dan tengah, manakala plat kanan dimuatkan dengan imej flora secara close-up. Pada segmen bawah yang mendominasi format ialah imej secara close-up memfokuskan gear sebuah mesin. Aflin dikesan memiliki kemahiran dalam menguasai teknik intaqlio. Pulau Biru (2020) memperakui kemahiran itu, penghayat mampu merasakan bentuk dan sifat subjek-subjek yang dibinanya. Kesan-kesan tanda yang timbu pada plat dibiarkan dan apabila dicetak kesan itu bagaikan kesan yang terdapat pada permukaan dinding. Itu antara kelebihan teknik cetakan.
​
Persoalan alam sekitar dikemukakan Aflin dalam tiga plat di segmen atas dan teknologi dalam segmen bawah format. Persoalan sebegini sering dibahaskan oleh kumpulan/komuniti yang memperjuang dan mempertahankan idelogi mereka.
Meskipun aktif sebagai kurator profesional dan penulis, Arga Aditya graduan ISI yang mengambil pengkhususan dalam bidang seni cetak tetap meneruskan aktiviti seni cetaknya.
​
Fragile (2020) telah dihasilkan melalui proses drypoint yang dicetak dengan menggunakan dakwat kebiruan. Sebuah objek berbentuk kiub diletak ditengah format sebagai titik fokus yang disekitarnya dipenuhi dengan corak-corak abstrak berbeza rupa sebagai elemen sokongan. Kiub tersebut boleh ditafsirkan sebagai sebuah objek yang rapuh yang bersifat sementara. Hal ini dikukuhkan berdasarkan kepada corak yang dihasilkan dibahagian bawah subjek (kiub). Terdapat kesan refleksi dan proses perubahan sedang berlaku terhadapnya. Arga menjadikan subjek sebagai suatu metaphor kepada sesuatu yang bersifat sementara. Keseluruhannya ringkas, ruang positif dan negatif memberi kesan visual terhadap penghayat.
Persekitaran yang pelbagai rupa sentiasa menjadi cabaran dan memperngaruhi proses perubahan sesuatu kehidupan. Segalanya bersifat sementara, bukanlah akan terus kekal seperti asalnya. Arga juga memberi peluang kepada penghayat untuk berkomunikasi dengannya berdasarkan pengalaman visual masing-masing.
​
Deni Rahman terus berbakti kepada institusi yang telah banyak mendidikanya. Sebagai pensyarah di ISI, beliau juga terus mengamalkan bidang seni cetak. Beliau kelihatan selesa dengan proses mezzotint untuk menghasilkan karya-karya cetakannya. Meskipun dalam satu warna, teknik ini mampu memukau penghayat dengan kelebihan yang ditawarkannya.
Sweet Diplomacy (2020) memaparkan sepasang figura unik lengkap berpakaian tradisi pengantin mirip gaya Paes Ageng Yogyakarta. Sijejaka yang kelihatan gagah berwajahkan seekor singa dan sigadisnya pula berwajahkan rusa yang menawan. Pasangan unik ini merakamkan hari bersejarah mereka dalam suasana hitam putih dalam format bulat. Kekuatan dan kelebihan proses mezzotint ialah mampu menawarkan kepada pelukis cetak kesan tone dan cahaya yang dramatik. Deni dilihat mampu menguasainya dengan baik apabila mampu menterjemahkan perincian yang terdapat pada pakaian pengantin tersebut. Malah susuk tubuh badan pasangan pengantin juga dibina dengan baik sekali apabila kesan cahaya diaplikasikan. Latar gelap yang telah dibina menyerlahkan lagi perincian kedua-dua pasangan pengantin unik itu.
Mezzotint telah dipopularkan oleh Ludwing von Siegen (1609-1680). Ianya antara proses intaqlio yang memerlukan kesabaran dan penumpuan yang tinggi dari pengamalnya. Pelukis cetak bekerja secara menghasilkan kesan gelap ke kesan yang cerah.
​
Infinity Love (2020) dihasilkan oleh Ledyana Nanda Febriazoni seorang mahasiswa Sarjana Muda Seni Halus di ISI. Meskipun begitu Ledyana sentiasa aktif melibatkan diri dalam pelbagai pameran seni lukis.
Infinity Love (2020) dengan aplikasi teknik drypoint dengan menggunakan dakwat kebiruan. Cetakan ini mengingatkan kita kepada beberapa karya Pablo Picasso (1881-1973) dan Georges Braque (1882-1963) yang mempelopori gaya Cubism pada awal abad 20an di Paris. Figura yang telah digayakan sedemikian rupa membuka ruang kepada penghayat untuk membuat tafsiran berdasarkan pengalaman visual masing-masing. Figura lelaki dan wanita disatukan dalam bentuk pertindihan untuk menghasilkan suatu bentuk yang pelbagai atau berpecah belah apabila perspektif dinafikan. Cetakan ini memaparkan interaksi diantara dua figura. Ledyana memenuhkan hampir keseluruhan ruang format dengan garisan-garisan organic yang dibina dengan penuh yakin untuk membina subjeknya. Kesan-kesan accidental adakalanya turut menambah nilai estetika pada karya cetakan.
Meskipun masih bergelar seorang mahasiswa di ISI, Ledyana dikesan mampu menguasai teknik yang diaplikasikannya danmempunyai peluang yang cerah untuk terus memahirkan dirinya. Drypoint merupakan proses yang ringkas dalam teknik-teknik intaqlio. Pelukis cetak terus menghasilkan kesan atau imej subjeknya terus keatas plat tanpa menggunakan sebarang asid ketika penyediaan plat.
​
Graduan Seni Halus dari ISI, Lulus Boli sepertimana rakan rakannya yang lain dilihat begitu aktif dalam menyertai pameran seni lukis. Menyertai Grafis Studio Minggiran sebaik sahaja menamatkan pengajiannya.
​
Pupus (2020) dari teknik intaglio dipersembahkan dalam warna kebiruan (indigo). Ianya tidak terikat kepada format empat segi, ianya dihasilkan oleh sekeping plat logam yang organik dan terdapat kesan tebukan. Ianya bagaikan sekeping kertas yang dikoyak untuk menghasilkan tepi yang bergerigi dan ditebuk. Padat dengan kesan dan tanda yang digores dan ditoreh untuk membina bahasa-bahasa visual membentuk sebuah penyataan yang abstrak. Bagaikan sapuan berus bersaiz besar membentuk garisan tebal berbentuk “V” dan garisan melintang serta condong yang pendek namun penuh keyakinan. Kewujudan kesan dan tanda yang sedemikian juga boleh dicipta dengan menggosokkan plat logam keatas permukaan yang kasar. Lulus mungkin telah melakukannya.
Pupus (2020) bagaikan sebuah catan abstrak miniatur. Lulus berani membuat sedikit kelainan dalam usahanya untuk berkongsi maklumat penyataan visualnya bersama penghayat. Lulus juga bertindak untuk mewujudkan ‘ruang pernafasan’ disekitar plat atau format potretnya itu agar penghayat dapat merehatkan pandangan setelah meninjau kedalam komposisinya yang padat dengan maklumat- maklumat bahasa visual itu.
​
Wibi Priyanto merupakan seorang graduan fotografi dari ISI, namun seni cetak juga sentiasa diamalkannya sebagai wadah komunikasi visualnya. Dalam pameran 3rd Edition: Love Song ini Wibi berkongsi karya cetakannya untuk dihayati oleh khalayak seni di Kuala Lumpur.
​
Davy Jones (2020) cetakan hitam putih dihasilkan melalui proses drypoint memaparkan sebuah kapal layar yang sedang dalam pelayaran dilautan. Subjek iaitu sebuah kapal layar memenuhi ruang format bagaikan sedang bergerak dari arah kiri ke kanan format dengan tenangnya. Wibi membina subjeknya dengan pelbagai kualiti garisan. Meskipun ringkas, Wibi punya usaha untuk menterjemahkan sifat sebenar subjek pilihannya. Garisan merupakan elemen penting dalam proses drypoint. Penghayat masih mampu menikmati cetakan ini kerana ianya punyai naratif tersendiri meskipun gubahannya ringkas. Wibi mengajak penghayat untuk meninjau disebalik subjeknya itu. Apakah teknologi yang digunakan pada ketika itu yang membantu pelayar-pelayar dari benua Eropah menjelajah sehingga ke rantau Asia Tenggara ini? Mungkin itulah persolannya? Ataupun karektor Davy Jones itu sendiri yang menjadi persoalan.
Wibi dilihat meminjam Davy Jones, watak utama dalam filem Pirates of the Caribbean untuk berbicara bersama penghayat. Sebagai seorang yang mempunyai pendidikan dalam bidan fotografi, Wibi merakamkan sesuatu yang digemarinya sebagai dokumentasi visual dalam sebuah cetakan hitam putih berformatkan potret.
Tree Song # 1 (2020), cetakan berbaur surreal ini dihasilkan oleh Rully Putra Adi dengan proses etching dan aquatint yang dicetak dengan dakwat biru (royal blue). Graduan pengkhususan seni cetak dari ISI ini aktif berpameran semenjak masih bergelar mahasiswa lagi.
​
Subjek menguasai ruang dan ianya begitu dominan. Kesan cahaya yang jelas diaplikasikan untuk membina subjeknya. Latar dibiarkan sedemikian untuk mewujudkan suasana yang hening, hanya terdapat beberapa helai daun yang berguguran. Suasana yang hening itu menimbulkan kesayuan apabila Rully menzahirkannya dengan raut wajah figura subjeknya itu yang merenung tajam kebawah. Rully cuba berkomunikasi dengan penghayat, supaya memberi perhatian terhadap isu-isu alam semulajadi. Ciptaan Yang Maha Kuasa itu bagaikan sedang berduka dan mengharap agar memberi peluang untuk terus berbakti dan berfungsi sebagai pelengkap ekosistem alam semulajadi. Bukannya berterusan diteroka tanpa ada rasa bersalah oleh ‘tangan tangan hitam’ yang berselindung atas alasan kemajuan.
Rully sememangnya berbakat dan berkebolehan menguasai proses aquatint dengan baik. Daya imaginasinya juga tinggi kerana mampu memvisualkan sesuatu yang diluar kebiasaanya. Menyelami ruang alam dibawah sedar untuk membicarakan isu alam semulajadi.
​
Theresia ‘Tere’ Agustina Sitompul antara pengasas Studio Grafis Minggiran juga graduan ISI. Share Each Other (2020), cetakan hitam putih dari proses drypoint ini memaparkan kemahiran melukis Theresia yang tinggi dan menguasai proses cetakan drypoint dengan baik.
Flora dan fauna menjadi pilihan Theresia sebagai subjek dalam usaha untuk berbicara secara visual bersama penghayat. Alam semulajadi sentiasa diangkat oleh pelukis serata dunia menjadi tema dalam karya-karya mereka.
Theresia menggubah cetakannya sedemikian agar penghayat dapat menikmati segala perincian yang dihasilkannya. Beliau mengajak penghayat untuk meneliti, menilai dan menghargai kesemua subjeknya satu persatu kerana semuanya itu saling memerlukan. Rangkaian flora dan fauna tidak boleh dipisah atau diputuskan, itulah yang ditegaskan oleh Theresia dalam Share Each Other (2020). Kesan terang gelap hasil pengaplikasian teknik cross hatching membantu pembinaan subjek-subjeknya. Ruang positif dan negatif saling bekerjasama. Theresia mengajak penghayat untuk bersama-sama menghargai alam kerana ianya suatu anugerah yang tidak ternilai. Alam merupakan suatu amanah oleh Yang Maha Pencipta, ianya harus dipelihara agar dapat dinikmati bersama dan diwariskan ke generasi yang seterusnya.
​
​
​
Persamaan dan Sasaran
Tiga orang pelukis cetak Studio Chetak 12 dan lapan pelukis cetak dari Studio Grafis Minggiran punyai latar belakang pendidikan yang sama iaitu Seni Halus, meskipun berbeza metodologi dan daerah. Sasaran mereka tetap sama iaitu meraikan seni cetak yang menawarkan pelbagai teknik dan proses. Ikatan persefahaman yang tersimpul selama ini diantara mereka memungkinkan tercetusnya sesuatu yang memberi impak besar terhadap apa yang mereka pegang dan perjuangkan. Ucapan tahniah wajar diucapkan kepada setiap pelukis cetak kedua-dua studio itu.
​
​
Harapan
Moga dengan kejayaan penganjuran pameran ini akan menjadikan hubungan dua hala diantara Studio Cetak 12 dengan Studio Grafis Minggiran menjadi lebih erat dengan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan seni cetak di masa hadapan.
​
Adalah diharapkan aktiviti seni lukis tempatan dilimpahkan dengan siri-siri pameran seni cetak sepertimana di era 1990 dahulu. Khalayak seni lukis tempatan telah disajikan dengan pelbagai pameran dan pertandingan seni cetak yang mengujakan. Retrospective Ilse Noor (1990-GaleriWan), Graphic Prints Exhibition by 5 Young Printmakers (1990-A.P. Art Gallery), Impressions Contacts in Prints (1992-GaleriCitra, Galeri Shah Alam dan KOMTAR Pulau Pinang), Pameran dan Pertandingan Seni Cetak Kebangsaan (1992-Galeri Shah Alam), Communication in Graphic-Printmaking (1993- BSLN), Pameran dan Pertandingan Seni Cetak Kebangsaan (1994-Galeri Shah Alam), Alternative Printmaking (1995-Galeri PETRONAS), Step by Step (1995-Pelita Hati Gallery of Art), Juhari Said: Kilimanjaro in Nagasaki (1995-Art Salon), The Third World Triennial of Miniature Prints Exhibition (1996-Galeri PETRONAS), Grafika I (1996-Pusat Kreatif BSLN), First International Annual Printmaking Exhibition (1996-CAA Art Gallery), Annual Exhibition of International Contemporary Prints (1996-CAA Art Gallery), Grafika II (1997-Balai Seni Maybank), International Mezzotint Prints (1998-ArtCase Gallery), Ilse Noor Solo Exhibition (1998-Gallery TAKSU), dan The Art of Printmaking (1999-ArtCase Galleries).
​
Kesemuanya itu merupakan tanda aras yang telah diwujudkan oleh penggiat seni cetak tempatan pada era tersebut. Tindakan penambahbaikan khususnya dalam bidang seni cetak tempatan perlu diberi perhatian dan dilaksanakan oleh pihak-pihak yang berkenaan.
​
​
Rujukan
Fishpool, M. & Gale, C. (2012). The Printmakers’ Bible. London; Bloomsbury
Publishing Plc.
Griffiths, A. (1996). Print and Printmaking: An Introduction to the History and
Techniques. London: British Museum Press.
Mohd Jamil Mat Isa. (2018). Perkembangan Seni Cetak Malaysia: Akademik, Galeri Seni dan
Kumpualn Peluksi Cetakan. Seni Cetak Sepanjang Zaman. Kuala Lumpur: Muzium dan Galeri
Seni Bank Negara.
Chetak 12
​

Pucuk Pinus
​
Bayu Utomo Radjikin
Etching & Aquatint on paper
40 x 30 cm
2021
Edition of 3/9
​

Berliku
​
Bayu Utomo Radjikin
Drypoint on paper
60.6 x 30 cm
2021
Edition of 3/9
​
​

Orang Ketiga
​
Samsudin Wahab
Etching & Aquatint on paper
47 x 55 cm
2021
Edition of 3/12
​

Kasih Terlarang
​
Samsudin Wahab
Etching & Aquatint on paper
31 x 40 cm
2021
Edition of 3/12
​
​

Heal the World
​
Faizal Suhif
Etching & Aquatint on 250gsm Arches paper
15 x 19 cm
2020
Edition of 3/10
​


Buah Hati Pengarang Jantung
Bayu Utomo Radjikin
Etching & Aquatint on paper
42 x 27 cm
2021
Edition of 3/9
​


Bulan Dipagar Bintang
​
Samsudin Wahab
Etching & Aquatint on paper
47 x 55 cm
2021
Edition of 3/12
​


Human Nature
​
Faizal Suhif
Etching & Aquatint on 250gsm Arches paper
15 x 20 cm
2020
Edition of 3/10
​

Earth Song
​
Faizal Suhif
Etching & Aquatint on 250gsm Arches paper
15 x 29 cm
2020
Edition of 3/10
​
​
​
Studio Grafis Minggiran
​


Virus - Slank
​
Alfin Agnuba
Etching & Aquatint on paper
15 x 20.7 cm
2020
Edition of 3/8
​
​

Pulau Biru - Slank
​
Alfin Agnuba
Etching & Aquatint on paper
26.7 x 20 cm
2020
Edition of 3/5
​
​

Sweet Diplomacy
​
Deni Rahman
Mezzotint on paper
30 cm Diameter
2020
Edition of 3/5
​
​


Possessive
​
Deni Rahman
Mezzotint on paper
24.8 x 19.5 cm
2020
Edition of 3/5
​
​

Pupus
​
Lulus Boli
Intaglio on paper
14.5 x 15 cm
2020
Edition of 3/4
​
​
​


Unperfect
​
Lulus Boli
Intaglio on paper
30 x 22 cm
2020
Edition of 3/4
​
​
​

Tree Song #2
​
Rully Adi Putra
Etching & Aquatint on paper
30 x 20.3 cm
2020
Edition of 3/4
​
​
​


Tree Song #1
​
Rully Adi Putra
Etching & Aquatint on paper
29.5 x 20.7 cm
2020
Edition of 3/4
​
​
​

Share Each Other
​
Theresia 'Tere' Agustina Sitompul
Drypoint on paper
30 x 19.5 cm
2020
Edition of 3/4
​


Walk Together
​
Theresia 'Tere' Agustina Sitompul
Drypoint on paper
30 x 19.5 cm
2020
Edition of 3/4
​
​
​


Fragile
​
Arga Aditya
Drypoint on paper
15.5 x 13.5 cm
2020
Edition of 3/4
​
​
​


Davy Jones
​
Wibi Priyanto
Drypoint on paper
28 x 19.7 cm
2020
Edition of 3/3
​
​
​


Infinity Love
​
Ledyana Nanda Febriazoni
Drypoint on paper
28 x 20 cm
2020
Edition of 3/4
​

Chetak 12 is a printmaking studio that is run by an artist collective based in Kuala Lumpur. Established in 2017, the founders of the studio are Malaysian artists Bayu Utomo Radjikin, Samsudin Wahab, and Faizal Suhif, all of whom are graduates of Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.
The collective’s core mission is to preserve and celebrate traditional printmaking techniques, as well as to share printmaking knowledge with the public. The studio also aims to become a space for Malaysian printmakers to meet, share ideas, and collaborate in projects.
By establishing itself as a place where ideas are shared and knowledge exchanged, Chetak 12 provides a platform for fellow artists to hone and practice their printmaking skills. In the spirit of educating the local community, the studio also welcomes members of the public to the space by frequently hosting workshops, demonstrations, and talks. Additionally, they offer professional printmaking consultation for individuals and institutions.
Chetak 12 is dedicated to building professional relationships with printmaking communities from the Southeast Asia region. They have opened their doors to international printmakers by initiating residency programmes and exhibition collaborations during their annual shows; the collective has engaged with artists from Indonesia and Philippines thus far.
​

STUDIO GRAFIS MINGGIRAN
​
Studio Grafis Minggiran is an artist collective and workshop space based in Yogyakarta, Indonesia, that focuses on developing art works using printmaking techniques. Established in 2001, Grafis Minggiran was initiated by graduates of the Fine Art - Printmaking faculty of the renowned Indonesia Institute of Art (ISI) Yogyakarta.
​
Over the years, Grafis Minggiran has grown to become a workshop and creative workspace, which can be accessed by anyone who is interested and supports the development of Printmaking as an art form, backed with our team of Artists-Mentors with strong mastery in the field.
​
The collective is heavily involved in group exhibitions, art projects, and also hosts education programs that bring technical workshops and live demonstrations to places, involving participants from artist groups, high schools and colleges, as well as the local community.
Grafis Minggiran has also taken part in collaborative work with various art communities, built networks with other foundations and strives to be one of the well-established Printmaking laboratories in Indonesia.